SIBU: Jenazah Konstabel Iskandar Zulkarnain Ibrahim, 28, yang terkorban dalam tragedi bot karam di Batang Baleh berhampiran Sekolah Kebangsaan Lepong Baleh pada 7 Mac lepas, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang di sini lewat petang tadi.
Turut hadir pada upacara penghormatan terakhir dan pengebumian anggota polis itu ialah Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata dan isteri Datin Jennita William, Ketua Polis Daerah Sibu Zulkipli Suhaili dan Ketua Polis Daerah Kapit DSP Rohana Nanu.
Isteri Allahyarham, Anis Nur Ezati, bapanya Ibrahim Deraman, 72, dan ibu Iskandar iaitu Zaharah Selamat, 68, serta adik-beradiknya juga hadir pada upacara itu.
Mancha kemudian menyerahkan bendera Sang Saka Biru dan sumbangan kewangan daripada Polis Sarawak kepada Anis Nur Ezati.
Mayat Iskandar yang masih lengkap berpakaian seragam polis ditemukan terapung di kawasan Seputin, Batang Rajang kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian pada 11.30 pagi semalam iaitu hari kesembilan operasi mencari dan menyelamat.
Semasa insiden pada petang 7 Mac lepas, Iskandar yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kapit sejak 25 Okt 2021 bersama seorang lagi anggota iaitu Sarjan Jonathan Lambet, 52, mengiringi penghantaran bahan letupan seberat 35 kilogram untuk kegunaan kerja-kerja meletupkan batu bagi projek pembinaan jalan di kawasan Baleh.
Turut serta tiga orang awam iaitu Jack Balan, 45, Amerson John Nain, 47, dan Moses Ngui, 47.
Mayat Jack dan Amerson ditemukan lebih 160 kilometer dari lokasi kejadian manakala Moses berjaya diselamatkan oleh orang awam.
Sementara itu, Anis Nur Ezati berkata dia akan pulang ke kampung halamannya di Machang, Kelantan sebaik sahaja semua urusan di Kapit selesai.
"Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dari hari pertama dia hilang sehingga dijumpai dan saya berterima kasih kepada semua warga Sarawak yang membantu mencari sehingga selesai pengebumian hari ini," katanya kepada pemberita di tanah perkuburan.
Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Jabal An-Nur Bleteh, Kapit sebelum dibawa ke Sibu dan tiba di tanah perkuburan di sini pada 5 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2024
Anis Nur Ezati, isteri kepada Allahyarham Konstabel Iskandar Zulkarnain Ibrahim, 28, menyiram air ke atas pusara suaminya di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang Sibu, sebaik sahaja selesai upacara pengkebumian lewat petang hari ini. - Foto BERNAMA
MITI rangka strategi pelbagaikan perdagangan, tumpu negara bukan tradisi - Tengku Zafrul
Dengan cabaran geopolitik yang mengurangkan jumlah perdagangan global, kementerian itu kini memfokuskan kepada negara di rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah.
Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.
Fokus Minggu Depan: Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Sabtu malam
Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Sabtu malam dalam serangan udara ganas Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman di utara kem pelarian Nuseirat, di tengah Semenanjung Gaza.
Semua berada di belakang Selangor FC - Nidzam
Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil percaya sokongan tidak berbelah bahagi diterima skuad Gergasi Merah itu selepas kejadian menyedihkan menimpa Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu.
Yaya Empire beri inspirasi, jayakan malam seni HBN 2024 Kelantan
Sambutan Hari Belia Negara 2024 peringkat negeri Kelantan menutup tirai dengan malam seni yang penuh gilang gemilang.
Kerajaan kecam pihak ugut bunuh, hantar peluru kepada Teresa Kok
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pihak yang menghantar kertas ugutan bunuh bersama dua peluru kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Teresa Kok terima kertas ugutan bunuh berserta peluru
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerima kertas ugutan bunuh bersaiz A4 bersama dua peluru yang diletakkan dalam peti surat di kediamannya.
Zii Jia juara Terbuka Thailand 2024
IMPIAN pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk merangkul gelaran pertama tahun ini tercapai setelah dinobatkan sebagai juara Terbuka Thailand 2024 di Bangkok sebentar tadi.
Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Dato' Keramat cuba rampas submesingan
Cubaan seorang lelaki merampas senjata submesingan jenis HK MP5 milik seorang anggota polis di Balai Dato' Keramat di sini, gagal selepas dia berjaya ditangkap pada pagi Ahad.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Polis terlibat kemalangan sebabkan kematian remaja ditahan
Anggota berpangkat koperal berusia 37 tahun itu ditahan pada jam 9 pagi di IPD Alor Gajah.
Dua polis dipercayai peras ugut lelaki di BSI ditahan
Dua anggota polis dipercayai melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) membabitkan nilai RM2,000 ditahan.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Anggota polis korban insiden bot karam Kapit dikebumikan di Sibu
Jenazah Allahyarham Konstabel Iskandar Zulkarnain Ibrahim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang lewat petang tadi.
Dua anggota polis disyaki berkhalwat ditukar serta-merta
Dua anggota polis yang dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di Tanjung Tokong, semalam telah ditukarkan serta-merta.
Lans koperal mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang anggota polis berpangkat lans koperal mengaku tidak bersalah terhadap 24 pertuduhan rasuah bernilai RM9,600.
Lans koperal tak mengaku minta rasuah RM10,000
Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
Empat lelaki ditahan disyaki curi kabel
Polis menahan empat lelaki semalam disyaki terlibat dengan aktiviti mencuri kabel di kawasan Taman Ipoh Jaya, pada 19 Feb lepas.